Mencari tempat menarik di Perak?
Kelly’s Castle, Menara Condong Teluk Intan, The Lost World of Tambun, dan Bukit Merah Laketown adalah sebahagian nama popular pilihan pelancong dan ibu bapa semasa cuti sekolah.
Namun, ada banyak lagi tempat menarik yang ada di Perak untuk dilawati bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Berikut adalah 10 lokasi terpilih:
1. Bukit Larut @ Maxwell Hill

Imej via tourismperakmalaysia
Ini antara tempat yang sentiasa penuh semasa cuti sekolah. Tingginya mencecah 1036m dari paras laut. Di sinilah terletaknya taman dan rumah kolonial. Mereka yang ke sini akan mengambil peluang mendaki ke puncaknya sambil menghirup udara sejuk dan segar.
Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (Kanak-kanak),
Alamat: Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak
"
2. Gua Tempurung

Imej via airpaz
Mungkin tidak ramai yang membawa anak mereka ke tempat seperti ini semasa cuti. Namun, jika mahu anak anda merasai kelainan, cuba bawa mereka memasuki Gua Tempurung bersama jurupandu bertauliah mereka.
Ada beberapa pakej disediakan yang memakan masa sejam sehingga 2 jam. Anak anda pasti mempelajari sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakannya.
Harga Tiket (berbeza mengikut pakej): RM8-RM30(dewasa), RM4-RM15(kanak-kanak), RM20-RM50(warga asing dewasa), RM10-RM25(warga asing kanak-kanak).
Alamat: 31600 Gopeng, Perak
3. Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi

Imej via peraksilveryouth
Selain itu, daerah ini juga mempunyai sungai dan tasik yang masih terpelihara. Homestay juga ditawarkan bagi pengunjung yang merangkumi pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang lain di sekitarnya.
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Ulu Mengkuang, 34100 Selama, Perak.
4. Kuala Sepetang

Sebuah kampung perikanan yang membawa anak-anak melihat keindahan semulajadi. Di situ terletaknya Hutan Paya Bakau Matang seluas 40000 hektar.
Ia merupakan lokasi terbaik pembiakan ketam, udang, selain ikan dan moluska yang lain. Bawa juga anak-anak anda menelusuri sungai pada malam hari untuk menyaksikan kunang-kunang.
Alamat: Larut, Matang, Perak.
5. Movie Animation Park Studio

Taman Tema Animasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia. Ia dibina dengan kos RM520 juta! Oleh itu, tidak mustahil di dalamnya penuh dengan keseronokan kepada kanak-kanak.
Ia mempunyai 40 tarikan dengan 6 zon tema seperti Boboiboy, the Smurf, Megamind dan banyak lagi. Ada banyak permainan, persembahan, dan kedai yang menjual pelbagai barangan menarik.
*Lihat promosi mereka untuk mendapat harga yang lebih murah
Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 10am-10pm (Sabtu-Ahad)
6. Orang Utan Island

Imej via star2
Membuka pulau ini kepada umum membolehkan orang awam mengenali orang utan dan kepentingan menjaga mereka agar tidak pupus.
Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),
RM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.
Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari
7. Royal Belum State Park

Imej via gowhere
Hutan hujan berusia lebih 130 juta tahun ini lebih tua berbanding hutan-hutan hujan lain di dunia termasuk hutan Amazon! Hutan seluas 134,167 hektar yang dijaga rapi sememangnya menyimpan khazanah berharga untuk diterokai.
Air Terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan hanya sebahagian tarikannya. Jika bernasib baik, anda akan melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini dan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia.
8. Santuari Burung Kuala Gula

Imej via tempatmenarik
Ini merupakan lokasi terkenal sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa bagi pemerhati burung. Burung-burung dari Siberia, Kazakhtan, Jepun, China dan Momgolia menjadikan kawasan ini untuk berhijrah dan bertelur bagi burung residen.
Berhampirannya disediakan chalet-chalet serta kemudahan menyewa bot.
Alamat: Kuala Gula, 34350 Perak
9. Taman Herba

Imej via wikipedia
Di tanah seluas 22 hektar ini, ditanam 527 spesis tumbuhan herba yang digunakan untuk pelbagai keperluan seperti perubatan, aromaterapi, dan kosmetik. Pengunjung boleh menaiki trem dan berkhemah di tapak yang disediakan. Kemudahan surau juga disediakan. Aktiviti lain di sini ialah memancing.
Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak), RM350 untuk 1 tapak khemah.
Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak.
Waktu Operasi: 830am-5pm (Isnin-Jumaat), 9am-3pm (Sabtu-Ahad)
10. Zoo Taiping & Night Safari

Uniknya zoo ini ialah kerana ia turut menyediakan pengalaman Night Safari. Ia merupakan yang pertama di Malaysia. Anak-anak dapat melihat haiwan yang aktif pada waktu malam dan mendengar bunyi haiwan-haiwan ini.
Tanpa gangguan cahaya dan bunyi selain bunyi haiwan, ini pasti suatu pengalaman bernilai buat anak-anak.
Harga Tiket: RM17 (dewasa), RM8.50 (Kanak-kanak),
Night Safari: RM21.20 (dewasa), RM10.60 (kanak-kanak)
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: 8am-11pm setiap hari
Pilihan di atas kebanyakannya mendekatkan anak-anak dengan alam. Perak pula merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ini menjadikan ia tempat yang sesuai bagi membentuk dan mendidik anak-anak agar menghargai alam yang akan diwarisi mereka kelak.
11. Gunung Lang Recreational Park

Iej via huislaw
Gunung Lang ialah salah satu daripada banyak gunung batu kapur yang terletak di Lembah Kinta, Perak. Kawasan batu kapur ini diteroka pada tahun 1880 oleh seorang pelombong timah Melayu.
Gunung Lang berukuran 111.93 hektar. 30.35 hektar dibuka pada tahun 2000 menjadi kawasan rekreasi. 14.16 hektar adalah tasik. Taman rekreasi ini dibahagikan kepada dua bahagian. Landskap taman ini sangat cantik, ditambah pula dengan kecantikan gunung batu kapur semulajadinya yang menjadi latarnya.
Ia mempunyai air terjun buatan, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, zoo mini, surau dan tandas.
Alamat: Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8am – 12pm / 130pm – 7pm), Jumaat (8am – 12pm / 245pm – 4pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (8am – 630pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (8am – 630pm)
Harga Tiket Menaiki Bot: RM3 (dewasa), RM1.50 (kanak-kanak 3 – 12 tahun, warga emas di atas 55 tahun)
12. Pulau Pangkor

Imej via malaysia-hotels
Pulau Pangkor adalah pulau percutian terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan juga luar negara.
Walaupun di pulau ini terdapat banyak hotel, chalet, dan resort, namun ia sering dipenuhi pengunjung terutama semasa cuti umum. Jika tidak menempah lebih awal, kemungkinan besar anda tidak dapat bercuti di sini.
Sekitar tahun 60an sehingga 70an, Pulau Pangkor dikenali sebagai pengeluar ikan masin dan ikan bilis sehingga ia berubah menjadi lokasi pelancongan terkemuka sambil mengekalkan apa yang mereka miliki sejak awal.
Jemput datang ke sini kerana pulaunya mempunyai pantai yang cukup indah. Jika tidak, mana mungkin ia terkenal seperti sekarang.
13. Refarm

Imej via kisahku
Taman rekreasi berukuran 26 ekar ini dikelilingi oleh hutan dan bukit-bukau. Menurut mereka, tanaman dan ternakan di sini mendapat sumber air daripada sistem paip air yan dipasang dari hulu air terjun.
Konsep Refarm ialah ‘kitar semula dan tiada pembaziran’. Mereka tidak membuang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia dijadikan makanan haiwan.
Hasil berkualiti dijadikan lauk-pauk lazat untuk pelanggan yang datang sama ada untuk beriadah atau menginap di sini. Refarm juga menghasilkan baja organik yang amat bagus untuk tanaman yang subur selain merupakan bahan yang mesra alam.
Antara aktiviti untuk pengunjung adalah mandi di kolam, berbasikal, memancing, menanam sayuran dan memberi makan kepada ternakan, serta jungle trekking.
Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (9am – 6pm), ditutup pada hari Selasa kecuali semasa cuti umum atau cuti sekolah.
No. telefon: 012 – 5026115
No comments:
Post a Comment