As a conclusion I can explore various in Photoshop. Next, i also can learn mirror effect of the image with Photoshop. Then I can create mirror image using your own picture.
CONCLUSION
In conclusion, I can know to explore various tool in photoshop. Next, I can learn mirror effect of the image with Photoshop. Then, I can know to create mirror image using own picture. Lastly, I success to finish the lab.
As a conclusion, i can learn how to use Adobe Photoshop. Then i also can edit the photo by using photoshop. Next, today i learn two step for edit example MOVE TOOL, CROP TOOL and else. .
NAME : WICIN A/P WAN
NO.MATRIX : 03DET17F2011
CLASS : DET5A
OBJECT
NEW BACKGROUND
AFTER EDITING
CONCLUSION
In conclusion, I can know how to edit the photo. Next, I can able to change the background by using adope photoshop. Lastly, I success to finish the lab.
Sunday, February 9, 2020
Pulau Pinang sememangnya salah satu destinasi yang cukup popular dalam kalangan pelancong tidak kira dari luar mahupun di dalam Malaysia. Sering kali dirujuk sebagai syurga makanan, Pulau Pinang mempunyai tarikan tersendiri untuk dilawati bukan sahaja destinasi untuk makan-makan.
Terdapat banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang anda boleh pergi jika ke Pulau Mutiara ini. Berikut kami kongsikan 11 tempat menarik di Pulau Pinang yang masih ramai tidak tahu.
1. Penang Street Art, George Town
Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.
2. Bukit Bendera, Air Itam
Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular adalah Bukit Bendera atau Penang Hill. Percutian ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak ke sini.
Sungguhpun Bukit Bendera adalah tempat tarikan yang telah wujud sejak sekian lama, kini pelbagai penambahan telah dibuat bagi membolehkan lebih banyak aktiviti dapat dilakukan di puncak Bukit Bendera. Naik kereta api ke puncak adalah pengalaman yang cukup menarik. Boleh juga mendaki ke atas melalui Taman Botanikal bagi yang minat aktiviti lasak.
Selain menikmati keindahan Pulau Pinang dari ketinggian 830 meter, Bukit Bendera juga mempunyai banyak spot menarik seperti:
Muzium Burung Hantu
Dataran Love Locks
The Habitat
Earthquake & Typhoon Pavilion
Little Village
Viewing Deck
3. Night Market, Batu Ferringhi
Sebuah pasar malam yang menjual pelbagai barangan cenderahati seperti keychain, pakaian, kraftangan dan sebagainya. Terletak di Batu Feringgi dan tidak jauh dari Pantai Tanjung Bungah. Satu tempat menarik di Penang untuk shopping cenderahati sambil-sambil makan malam di sini.
4. Avatar Secret Garden, Tanjung Tokong
Kalau di Avatar Secret Garden anda dapat melihat cahaya lampu magikal pada pokok-pokok, dekat Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum ini pula anda akan dikelilingi oleh cahaya daripada lukisan-lukisan yang berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D.
Antara dunia 3D Glow yang dapat anda nikmati di sini adalah tema-tema seperti misteri hutan tropika, jambatan bercahaya, berjalan di dalam laluan yang dikelilingi cahaya bintang dan banyak lagi! Jangan lupa untuk penuhkan bateri kamera anda sebelum ke sini!
5. Gurney Drive, George Town
Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih.
Kerana laut hanya beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk kesana pada waktu malam anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Disebabkan populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru didirikan di sini dan tempat ini telah menjadikan kawasan perdaganan kedua paling sibuk di pulau tersebut.
6. ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang
Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.
7. Upside Down Museum, George Town
Kalau melancong ke Penang bersama anak-anak kecil, destinasi sebegini adalah satu kemestian untuk kita terjah. Masa riang ria bersama keluarga & bergambar bersama dalam suasana persekitaran rumah yang perabutnya semua tunggang terbalik. Memang sangat best kalau datang ke sini dengan anak-anak & yang pasti, rumah terbalik di Penang ini mempunyai tarikannya yang tersendiri yang sudah tentu lain daripada kebanyakan rumah terbalik yang ada di negeri lain seperti di Melaka & Negeri Sembilan.
8. 3D Trick Art Museum, George Town
Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Trick Art Musem Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandan. Sesiapa yang suka bergambar pastikan anda singgah ke rumah ini.
9. Wonderfood Museum, George Town
Wonderfood Museum adalah sebuah tarikan yang unik di Penang ni. Macam mana muzium makanan boleh unik pula kan? Sebagai ‘wonder’ food museum, sudah semestinya ada keistimewaan pamerannya.
Terletak di dalam bangunan berekabentuk kolonial 1940-an, muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian galeri yang digelar sebagai Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone. Di dalam seksyen pertama, dipamerkan 100 jenis street food dan makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan komuniti Melayu, India, Cina dan Peranakan yang kesemuanya diletakkan di dalam gelas kaca. Untuk Zon Info, anda dapat melihat pameran bersaiz mini tentang bagaimana rakyat tempatan menikmati makanan di gerai-gerai di tepi jalan, gerai mamak dan macam-macam lagi.
10. Ghost Museum, George Town
Anda jenis yang suka menakutkan diri sendiri? Jom ke Ghost Museum yang terletak di George Town ni! Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’ dengan patung-patung yang nampak sangat real dan dipenuhi dengan darah.
Jangan lupa juga untuk bergambar sewaktu berjumpa dengan hantu-hantu yang terdapat di sini, boleh meremang bulu roma kalau dilihat sekali lagi.
11. The Top Penang, George Town
Buat yang masih tak tahu, The Top, Komtar kini telah pun dibuka sejak Disember 2016. Mungkin pernah sepi dengan pengunjung suatu ketika dulu, tetapi pembukaan The Tops menampakkan inisiatif yang baik untuk mengembalikan era kegemilangannya.
Ada macam-macam tempat menarik di The Top ini yang boleh anda lawati bersama keluarga. Antaranya:
Tech Dome Penang – Tech Dome adalah sebuah pusat sains interaktif ala Petrosains. Ada pelbagai jenis mainan dan aktiviti berkonsepkan sains di dalam dome ini yang bukan saja khusus untuk anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Ternyata, ia adalah tempat hiburan yang penuh pengisian bermanfaat. Harga tiket: RM20 untuk dewasa, RM12 untuk kanak-kanak.
Jurassic Research Center – Pasti anda tahu filem Jurassic Park, bukan? Di Jurassic Research Centre, terdapat pelbagai jenis dinasour di dalamnya beserta informasi yang pasti mengujakan peminat-peminatnya. Harga tiket: RM40 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak.
Rainbow Skywalk – Skywalk tertinggi di Malaysia ini memberi peluang untuk anda menyaksikan pemandangan indah skyline di GeorgeTown. Hanya untuk yang berhati waja!
Lain-lain – Selain 3 tempat yang disebutkan di atas, ada juga pelbagai tarikan lain seperti Magic Mirror Maze, Ocean Explorer, The Top Boutique Aquarium, Tongkat Ali King, Dragon Regatta, Spacetime Squadron, 7D Discovery Theater dan banyak lagi. Tak rugi datang sini!
Monday, February 3, 2020
Mencari tempat menarik di Perak?
Kelly’s Castle, Menara Condong Teluk Intan, The Lost World of Tambun, dan Bukit Merah Laketown adalah sebahagian nama popular pilihan pelancong dan ibu bapa semasa cuti sekolah.
Namun, ada banyak lagi tempat menarik yang ada di Perak untuk dilawati bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Berikut adalah 10 lokasi terpilih:
Ini antara tempat yang sentiasa penuh semasa cuti sekolah. Tingginya mencecah 1036m dari paras laut. Di sinilah terletaknya taman dan rumah kolonial. Mereka yang ke sini akan mengambil peluang mendaki ke puncaknya sambil menghirup udara sejuk dan segar.
Mungkin tidak ramai yang membawa anak mereka ke tempat seperti ini semasa cuti. Namun, jika mahu anak anda merasai kelainan, cuba bawa mereka memasuki Gua Tempurung bersama jurupandu bertauliah mereka.
Ada beberapa pakej disediakan yang memakan masa sejam sehingga 2 jam. Anak anda pasti mempelajari sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakannya.
Harga Tiket (berbeza mengikut pakej): RM8-RM30(dewasa), RM4-RM15(kanak-kanak), RM20-RM50(warga asing dewasa), RM10-RM25(warga asing kanak-kanak).
Mandi di air terjun. Itulah tarikan yang ada di Daerah Selama. Malah, ada 5 air terjun di situ dan Lata Tebing Tinggi hanyalah salah satu darinya yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan luar negara.
Selain itu, daerah ini juga mempunyai sungai dan tasik yang masih terpelihara. Homestay juga ditawarkan bagi pengunjung yang merangkumi pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang lain di sekitarnya.
Sebuah kampung perikanan yang membawa anak-anak melihat keindahan semulajadi. Di situ terletaknya Hutan Paya Bakau Matang seluas 40000 hektar.
Ia merupakan lokasi terbaik pembiakan ketam, udang, selain ikan dan moluska yang lain. Bawa juga anak-anak anda menelusuri sungai pada malam hari untuk menyaksikan kunang-kunang.
Taman Tema Animasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia. Ia dibina dengan kos RM520 juta! Oleh itu, tidak mustahil di dalamnya penuh dengan keseronokan kepada kanak-kanak.
Ia mempunyai 40 tarikan dengan 6 zon tema seperti Boboiboy, the Smurf, Megamind dan banyak lagi. Ada banyak permainan, persembahan, dan kedai yang menjual pelbagai barangan menarik.
Harga Tiket: RM190 (dewasa), RM150 (Kanak-kanak),
*Lihat promosi mereka untuk mendapat harga yang lebih murah
Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 10am-10pm (Sabtu-Ahad)
Pulau seluas 35 ekar ini menjadi tempat tinggal Orang Utan. Kedatangan anda akan disambut oleh orang utan-orang utan. Pulau ini menjadi lokasi para ahli sains yang mahu membuat kajian mengenai orang utan.
Membuka pulau ini kepada umum membolehkan orang awam mengenali orang utan dan kepentingan menjaga mereka agar tidak pupus.
Hutan hujan berusia lebih 130 juta tahun ini lebih tua berbanding hutan-hutan hujan lain di dunia termasuk hutan Amazon! Hutan seluas 134,167 hektar yang dijaga rapi sememangnya menyimpan khazanah berharga untuk diterokai.
Air Terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan hanya sebahagian tarikannya. Jika bernasib baik, anda akan melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini dan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia.
Lupakan kesibukan dan gangguan tv dan media sosial. Terdapat resort yang dibina di pulau buatan iaitu Pulau Banding bagi mereka yang mahu menikmati malam yang damai di situ.
Ini merupakan lokasi terkenal sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa bagi pemerhati burung. Burung-burung dari Siberia, Kazakhtan, Jepun, China dan Momgolia menjadikan kawasan ini untuk berhijrah dan bertelur bagi burung residen.
Berhampirannya disediakan chalet-chalet serta kemudahan menyewa bot.
Di tanah seluas 22 hektar ini, ditanam 527 spesis tumbuhan herba yang digunakan untuk pelbagai keperluan seperti perubatan, aromaterapi, dan kosmetik. Pengunjung boleh menaiki trem dan berkhemah di tapak yang disediakan. Kemudahan surau juga disediakan. Aktiviti lain di sini ialah memancing.
Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak), RM350 untuk 1 tapak khemah.
Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak.
Waktu Operasi: 830am-5pm (Isnin-Jumaat), 9am-3pm (Sabtu-Ahad)
Uniknya zoo ini ialah kerana ia turut menyediakan pengalaman Night Safari. Ia merupakan yang pertama di Malaysia. Anak-anak dapat melihat haiwan yang aktif pada waktu malam dan mendengar bunyi haiwan-haiwan ini.
Tanpa gangguan cahaya dan bunyi selain bunyi haiwan, ini pasti suatu pengalaman bernilai buat anak-anak.
Harga Tiket: RM17 (dewasa), RM8.50 (Kanak-kanak),
Night Safari: RM21.20 (dewasa), RM10.60 (kanak-kanak)
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: 8am-11pm setiap hari
Pilihan di atas kebanyakannya mendekatkan anak-anak dengan alam. Perak pula merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ini menjadikan ia tempat yang sesuai bagi membentuk dan mendidik anak-anak agar menghargai alam yang akan diwarisi mereka kelak.
Gunung Lang ialah salah satu daripada banyak gunung batu kapur yang terletak di Lembah Kinta, Perak. Kawasan batu kapur ini diteroka pada tahun 1880 oleh seorang pelombong timah Melayu.
Gunung Lang berukuran 111.93 hektar. 30.35 hektar dibuka pada tahun 2000 menjadi kawasan rekreasi. 14.16 hektar adalah tasik. Taman rekreasi ini dibahagikan kepada dua bahagian. Landskap taman ini sangat cantik, ditambah pula dengan kecantikan gunung batu kapur semulajadinya yang menjadi latarnya.
Ia mempunyai air terjun buatan, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, zoo mini, surau dan tandas.
Alamat: Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak
Pulau Pangkor adalah pulau percutian terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan juga luar negara.
Walaupun di pulau ini terdapat banyak hotel, chalet, dan resort, namun ia sering dipenuhi pengunjung terutama semasa cuti umum. Jika tidak menempah lebih awal, kemungkinan besar anda tidak dapat bercuti di sini.
Sekitar tahun 60an sehingga 70an, Pulau Pangkor dikenali sebagai pengeluar ikan masin dan ikan bilis sehingga ia berubah menjadi lokasi pelancongan terkemuka sambil mengekalkan apa yang mereka miliki sejak awal.
Jemput datang ke sini kerana pulaunya mempunyai pantai yang cukup indah. Jika tidak, mana mungkin ia terkenal seperti sekarang.
Taman rekreasi berukuran 26 ekar ini dikelilingi oleh hutan dan bukit-bukau. Menurut mereka, tanaman dan ternakan di sini mendapat sumber air daripada sistem paip air yan dipasang dari hulu air terjun.
Konsep Refarm ialah ‘kitar semula dan tiada pembaziran’. Mereka tidak membuang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia dijadikan makanan haiwan.
Hasil berkualiti dijadikan lauk-pauk lazat untuk pelanggan yang datang sama ada untuk beriadah atau menginap di sini. Refarm juga menghasilkan baja organik yang amat bagus untuk tanaman yang subur selain merupakan bahan yang mesra alam.
Antara aktiviti untuk pengunjung adalah mandi di kolam, berbasikal, memancing, menanam sayuran dan memberi makan kepada ternakan, serta jungle trekking.
Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (9am – 6pm), ditutup pada hari Selasa kecuali semasa cuti umum atau cuti sekolah.